Want your
own Fotopage?








 

www.izani.co.uk catatan diperantauan
By: www izani dot co dot uk domain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 24-Feb-2009 01:21 Email | Share | | Bookmark
Monolog:Bijan Seorang Ketua Kelas

terjumpa cerita ini di http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com, mnarik skali, bagi yg berfikir dgn 2 otak, boleh faham, bagi yg pikir pakai kepala lutut baca sajala dol....

p/s ada sdkit karutan di http://izani.co.uk/ berkaitan berhijrah keluar negara

Monolog:Bijan Seorang Ketua Kelas.
Amaran:Cerita ini memerlukan anda untuk berfikir dengan lebih panjang.Kalau anda tidak tahu berfikir,jangan baca cerita ini.

Nama saya Bijan.Saya adalah ketua kelas 5 Anggur,di Sekolah Kebangsaan Kuala Jenahak.Dalam kampung saya,keturunan saya semuanya ketua.Datuk saya dulu ketua kampung,ayah saya pun ketua kampung,saya ketua kelas.Saya pergi sekolah naik kereta.Kawan-kawan semua jalan kaki pergi sekolah.Padan muka siapa suruh mak bapak dorang miskin?

Tugas saya di dalam kelas ialah sebagai ketua kelas.Saya dilantik oleh kawan-kawan yang angkat tangan.Psst!Saya belanja diorang semua laksa dan kueyteow goreng.Ala kat kantin satu mangkuk baru RM1.Bapak saya kaya,saya boleh la belanja semua orang.

Satu hari cikgu menyuruh saya mengutip duit kelas untuk keceriaan kelas.10 keping kertas warna,5 keping kad manila,gunting,kertas,gam...semuanya cicai kira RM50.Dalam kelas saya ada 40 orang.Saya suruh diorang bayar RM2 sorang.Senang sikit nak kira.Semua sekali RM80.Saya untung RM30.Ala,dalam nak beli kertas warna,kad manila tu semua,tak sampai pun RM50.Saya beli kat kedai ayah sendiri,ayah mesti bagi free punya.Tapi saya cakap la dengan orang yang saya beli kat kedai lain.Pandai-pandai la,kan?

Tapi Fandi dan Lim selalu je membantah.Fandi terutamanya,dia masih tak puas hati dengan saya pasal saya dapat jadi ketua kelas.Dorang suka kata saya jahat,saya suka tipu orang.Saya tak tipu orang.Dorang cakap saya songlap duit kelas.Mana ada,kertas warna,kad manila,gunting,gam,semua ada kan?Saya tak tipu,saya pandai daripada diorang je.Diorang tu tak boleh terima kepandaian saya.Siapa suruh tak pandai cari duit lebih,kan?

Setiap minggu saya akan kutip duit kelas.Tujuannya untuk membuat jamuan pada hujung tahun.Setiap hari saya pungut RM1 kat semua budak-budak kelas.Tak bayar saya beritahu cikgu,suruh denda siapa yang tak nak bayar.Saya cakap semua kena bayar,tak bayar dosa.Pasal nanti makan-makan dorang jugak yang nak makan.Saya cakap la,kalau dorang tak bayar,saya suruh cikgu rotan dorang.Cikgu dengar cakap saya,pasal kat sekolah saya yang paling banyak jumpa cikgu.Lagipun cikgu-cikgu tu duduk kat kampung saya.Diorang mesti takut dengan saya pasal saya anak ketua kampung.Padan muka dorang,siapa suruh bapak diorang tak jadi ketua kampung?

Satu hari,Fandi dengan Lim tak nak bayar duit kelas.Saya marah la.Saya ugut diorang - kalau tak bayar saya beritahu cikgu.Biar dorang kena pukul.Dorang cakap,pukul la.Saya beritahu cikgu betul-betul.Dorang kena pukul kat bontot dorang dengan rotan.Padan muka dorang.Siapa suruh tak nak dengar cakap saya?

Esoknya,Fandi dengan Lim kena pukul lagi.Hari-hari kena pukul.Ala,RM1 je,takkan nak berkira pulak?

Ye la,mak bapak dorang petani,nelayan,tanam sayur,toreh getah,kait kelapa sawit.Dorang miskin.Padan muka diorang siapa suruh miskin.Kenapa diorang miskin,sebab diorang tak pandai,macam ayah saya,macam saya.

Kadang-kadang saya tengok diorang ni macam bodoh je.Bodoh sangat-sangat.Pagi-pagi pukul 4 pagi dah pergi menoreh.Lepas tu kerja kat ladang sawit.Lepas tu berkebun.Tapi tak kaya-kaya pun.Tengok ayah saya,duduk kedai kopi borak-borak pun,ada kereta.Dorang tak pandai macam ayah saya.Bapak saya selalu ada JKKK kampung bermesyuarat,bapak saya cakap kutip duit orang kampung.Orang kampung pun bayar.Ala,yang buat pun orang kampung,ayah saya tengok je.Nanti ayah saya jugak dapat duit,dapat nama.Ye la pasal dia ketua kampung,sama la macam saya,saya ketua kelas.

Kelakar saya tengok orang-orang kampung tempat saya.Dorang cakap dorang takde duit nak makan.Memang tak pandai menipu.Dorang tu kan petani,nelayan,kenapa tak boleh makan?Ayah saya rilek je kat kedai kopi hari-hari makan je.Dorang miskin pasal dorang tak pandai.

Macam kalau nak bina apa-apa kat kampung tu,mesti ayah saya yang kena sign itu,sign ini.Pastu ayah saya cakap la,biar ayah saya uruskan bab duit-duit.Lepas tu mintak kat orang kampung.Macam saya jugak.Keceriaan kelas,jamuan akhir tahun,semua bagi duit kat saya.Biar saya uruskan.Yang penting budak-budak kelas mesti bayar.Kalau tak bayar saya beritahu cikgu.

Lama-lama,ramai yang tak nak bayar duit kelas.Mula-mula Fandi dengan Lim,lepas tu Ah Chong,Muthu,Sarip,Saiful,Kamal..saya beritahu cikgu.Cikgu pukul bontot dorang.Padan muka dorang.Tapi makin lama makin menjadi-jadi perangai dorang.Saya bengang.Duit saya makin lama makin sikit.Sampai satu kelas kena pukul dengan cikgu.Pun dorang tak mahu bayar.Saya cakap ala,RM1 pun tak mampu nak bayar ke?Bukan mintak sejuta pun.

Lepas tu ramai-ramai,semua pukul saya.Depan cikgu.Cikgu pun kena pukul pasal asyik cikgu pukul orang je.

"Bapak aku memanglah petani,tapi konon-konon baja subsidi,tapi jual kat orang tengah kena murah.Mana boleh nak dapat duit hari-hari!"

"Bapak aku memanglah nelayan,konon-konon dapat diesel subsidi,tapi orang tengah bayar harga murah.Jual kat pasar harga mahal.Mana boleh dapat duit hari-hari!"

"Woi Bijan,bapak aku bukan macam bapak kau.Bapak kau duduk kat kedai kopi ambik duit orang kampung je.Bapak aku kerja pagi petang siang malam nak beli ikan bilis pun sebulan sekali,kerana nak bayar duit kat bapak kau.Dalam kelas pun kau nak mintak duit kat kitorang,macam bapak kau!"

"Kawan-kawan bapak kau tu,yang konon-konon tolong jual jagung bapak aku kat bandar,dorang beli dengan bapak aku sebatang jagung 3 sen.Nak dapat seringgit kena jual 40 batang jagung.Kawan-kawan bapak kau,dengan bapak kau,dengan kau sama je keturunan lanun!"

Akhirnya ramai-ramai campak saya ke luar tingkap.Cikgu pun dah tak boleh buat apa - pasal bapak-bapak dorang pun pukul cikgu tu.

Salah ke saya mintak duit kat dorang?Salah ke?

Care to comment?


Monday, 23-Feb-2009 12:27 Email | Share | | Bookmark
ada apa hari ini

smalam nonton lagi conspiracy xiii- val kilmer antara pelakon glamer, citer panjang, 2 jam lebih sbb ada 2 part, citer stereotype Hollywood, cukup utk buat layan mata, smalam slumdog millionarie membedal oscar, mmg dah dijangka, citer ni ditonton sblm masuk wayang lagi, wajib tgk kalau belum tgk,

smalam ada jemputan makan tghhari rumah Cai kat blah ascog st. rumah baru, tak ramai dia panggil, dia panggil yg gedebe-gedebe jek, ada tomyam, ada daging pedas, ada cheese cake, cukup la 2 kg lemak...

bulan lepas menggodek gps sony sbb map dia dah obsolete, godek2 last dapat install OS baru, ig08, cun jugak interface dia, pakai versi haram dah plak lenih, tp map satu dunia, means bleh bawak gi india nanti,bleh bawak balik msia jugak..


Care to comment?


Saturday, 21-Feb-2009 11:51 Email | Share | | Bookmark
Budak kelantan, waris jari hantu,kandahar & The Kite Runner

Budak kelantan
dibawah antara cerita yg ditonton minggu ini,2 biji cerita melayu.
tgkkan trailer budak kelantan macam menarik, lakonan natural dgn dialect kelantan, tapi jalan cerita agak longgar,bila part bercintan, danny x factor punya karakter menunjukkan lemahnya level cinta pada bienda, in reality tdak semudah itu...tpi layan sajalah



waris jari hantu
waris jari hantu cerita shuhaimi baba, mmg nampak sentuhan director ini kalau mengikuti filem2 yg lepas, cerita ni ada kekuatan tersendiri, namun hilang fokus sbb ada 2 isu dlm ni yg agak berat, isu si jantan jadi betina dgn isu wariskan saka.
kalau difokuskan betul2 salah satu,mungkin lagi mantap, bab jantan jadik betina tu mmg amat menarik, sbb ia berkaitan dgn social,budaya,agama dan mmg berlaku byk dlm masyarakat kita, walaupun terpencil..tp kalau dibongkarkan amat menarik...


,kandahar
cerita ni dah lama, tapi byk pengajaran dr cerita ini yg boleh di ambil manafaat. byk ilmu mengenai budaya di afghanistan, dari berburka, bergaul, diskriminasi kaum wanita, jalan cerita cukup cantik...

dibawah ini synopsis dr imdb
Nafas is a reporter who was born in Afghanistan, but fled with her family to Canada when she was a child. However, her sister wasn't so lucky; she lost her legs to a land mine while young, and when Nafas and her family left the country, her sister was accidentally left behind. Nafas receives a letter from her sister announcing that she's decided to commit suicide during the final eclipse before the dawn of the 21st century; desperate to spare her sister's life, Nafas makes haste to Afghanistan, where she joins a caravan of refugees who, for a variety of reasons, are returning to the war-torn nation. As Nafas searches for her sister, she soon gets a clear and disturbing portrait of the toll the Taliban regime has taken upon its people.


The Kite Runner

film yg byk menang award,jalan cerita mantap sekali, kisah persahabatan dan cinta yg digarap dalam sengketa negara bergolak.tak tgk lagi? wajib tgk 100 kali lagi bagus dr samarenda )

kan best kalau jadi izani zainal abidin, banyak masa leh tgk movies! Mon 23-Feb-2009 03:25
Posted by:izwanazir izwan@tv3.com.my  - [Link]
tul tuh izwan azir, dibayar utk tgk movie , what a life jgn lupa sediakan duit lebih2 bulan 5 nanti...cuba tanya maria tengku sabri, kat mana port best nak ngepau Mon 23-Feb-2009 12:20
Posted by:izani dotron99@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 18-Feb-2009 09:39 Email | Share | | Bookmark
Rhythm and Hues di Malaysia

sekadar menyampaikan utusan dr Msia, kepada sesiapa yg berminat utk menuntut ilmu dan belajar bersama professional dunia dlm bidang CG, inilah peluangnya. Kepada student-student yg dah nak grad ambillah peluang ini sbb ini pertama kali CG house peringkat antarabangsa berlabuh di Msia. R&H merupakan salah satu tulang belakang Hollywood, walaupun tidak segah Digital Domain maupun ILM, namun kerja mereka cukup professional.

Budak-budak film animation dr FCM cyberjaya patut ambil peluang ini. Bukan mudah, ini jalan utk masuk ke arena antarabangsa. Dulu memang amat frust sekali sbb Lucas film bukak cawangan di Spore. Memang dr segi strategik Spore lagi layak, bukan nak pandang rendah kat Msia, tp memang negara sempit tu layak utk menerima tawaran spt Lucas film. Sekurang-kurangnya dgn ada studio international dlm bidang vfx,cgi akan meletakkan nama negara di arena antarabangsa, walaupun bab politik kita cabuk,hampas dan busuk. Tapi dalam bidang CG ,peluang sbegini patut digunakan sebaik mungkin. Harapnya gomen tak byk songel dalam prosedur utk syarikat ini beroperasi di Msia.

Orang yg masuk bekerja dgn co. sbegini slalunya, melalui tapisan yg ketat dan yg masuk bekerja mempunyai team spirit yg tinggi. Kalau ada masa layari web ILM, Digital domain, Pixar, ini kerja-kerja yg tak perlu pakai tai, kot, bleh pakai sluar katok, tshirt dan jean lusuh utk ke studio. Kerja ngadap komputer, kerja memerah idea dan kreativiti. Kerja nampak sempoi tp memerlukan skill yg tinggi. Studio sebegini melibatkan tenaga kerja dr pelbagai cabang, ada R&D, ada saintis, ada kepala-kepala senak longgar skru, tapi dijamin fun dan mencabar, ini antara kerja yg cool dalam dunia, hanya utk yg berminat shj, kalau anda stok bangun pagi,pakai kemeja,bawak beg galas,singgah starbuck,masuk opis jam 9 balik jam 5, dinasihatkan jgn apply :)anda akan kene senggugut.

satu lagi nasihat terakhir,
kerja dgn studio bsar level international ni kene tahan komen,kene kreatif,inovatif,rajin paling penting,motivasi tinggi, rajin belajar. sebab semua pekerja disini adalah rajin dan berlumba-lumba belajar benda baru.

notakaki: kalau nak bekerja dgn industri cgi/vfx level international , jadilah yg terbaik dan kerja dgn yg terbaik.





Dear Colleagues,

As some of you may know, Rhythm and Hues is one of the leading Visual Effects
company today. A well established international company with bases in LA and India,
R&H has been involved in big-budgeted movies such as The Golden Compass, The Mummy,
Night at the Museum, etc.

R&H is now opening a new base right here in Cyberjaya. They are already operating on
a basic level at the Innovation Centre (just a few blocks down from MMU). R&H is now
looking for new staffs (graduates especially) in order to accommodate their
expanding projects and company.

I've attached here the R&H mailer that has ads for new job openings.

http://www.rhythm.com/malaysia/kl.html

Please pass it to anyone who you feel will be interested in a job prospect with R&H.
Please also encourage your students to attend the talk, as I'm sure it will benefit
them for future job references.


Basic info requirement :-

- Job/training will start around May 09

- Basic understanding of 3D (Any software)

- Passionate about the industry

- No previous VFX knowledge required





Details of talk is as below :-

Date : 24th February 2009 (Tuesday)

Venue : DR2014 (FA BETA Studio)

Time : 3.00pm to 4.30pm


If there are students who are interested, please ask them to bring in their resume
and Portfolio for submission after the talk. They can submit their CV or resume
online as well. They will need to come to the talk in order to submit their CD or
portfolio.

Care to comment?


Sunday, 15-Feb-2009 09:33 Email | Share | | Bookmark
ahad yg sunyi di dixon road

Cuaca pagi ni agak lembab berhujan, seperti cuaca lazim di Scotland. 2 hari lepas komuniti disini meraikan rakan2 dr Loughborugh utk acara sukan. Diorang berkampung disini, kami menghoskan Shah, org kelantan, tapi family tak bawak sbb anak tak sihat.....seterusnya di http://izani.co.uk

Care to comment?


Thursday, 12-Feb-2009 09:51 Email | Share | | Bookmark
salji turun lagi

salji turun lagi....
entah apa tak kena,
tahun ini byk kali pula dia turun,
yg paling suka main salji, afiq
pantang abg ajak,mesti turun main,
biar sorang pun dia bleh main,
kalau ada masa,gambar terbaru akan masuk,
anyway lens sudah terkepil dgn body,
so kamera takleh berfungsi sepenuhnya,kalo ada gambar ultra wide angle tu faham-faham je,
nak kene cari lens baru....

Care to comment?


Sunday, 8-Feb-2009 18:31 Email | Share | | Bookmark
sukaneka



tajuk sukaneka, gamba lom edit,
so layan je snow nih dulu,
tika ini snow turun kembali,
plan nak kuar dicancel, duk rumah makan nasik briyani anis bagi
video sukaneka diedit sedaya mungkin dgn kemalasan yg ada

...salam

Care to comment?


Friday, 6-Feb-2009 11:02 Email | Share | | Bookmark
Mengapa Yahudi Bijak?

membaca artikel dibawah terus teringat K Nor,
antara rakan yg berjaya memijakkan kaki di negara Israel.
tidak mudah utk memijak kaki sbg rakyat Msia ke sana,
di passport sudah tertera tidak iktiraf negara israel,
diatas jemputan conference beliau berjaya kesana,
berjaya kemasjid al-aqsa, cukup hebat sbg seorang perempuan bersendirian ke sana,

artikel dibawah ada benarnya kalau mengikut cerita beliau,
di sana conference dibentang oleh golongan yg masih muda remaja,
siapa pernah ke conference mesti tau bagaimana keadaannya.slamat membaca


Artikel dr email oleh Dr. Stephen Carr Leon

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital
disana, ada beberapa perkara yang menarik
dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu <engapa Yahudi Bijak?? Memang
tidak dapat dinafikan ramai
cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan
yang paling hebat ialah bidang perniagaan,
dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum
Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,
senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk
pulang ke California saya terfikir apakah
sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka?
Apakah ini suatu kebetulan?
Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?


Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat
sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan
tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data
yang setepat mungkin.


Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan
awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya
dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah
mengetahui yang sang ibu sedang mengandung,
pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano
dan si ibu dan bapa akan membeli buku
metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan
kerana teman saya yang mengandung sering
membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak
dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya
kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang
melatih otak beliau, semuga ia menjadi
genius apabila dewasa kelak?Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut
perkembangan beliau seterusnya. Berbalik
kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga
beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung
beliau gemar sekali memakan kacang badam dan
korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan
tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan
badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk
perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi
kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak
didalam kandungan. menurut beliau ini adalah
adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk
ibu ibu yang sedang mengandung mengambil
pil minyak ikan.


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama
yang saya perhatikan ialah menu mereka.
Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi
atau fillet) dan biasanya daging tidak
akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak
elok dimakan bersama. Salad dan kacang
adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan
hidangan utama. Jangan terperanjat jika
anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut
mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat
(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa
ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran disekolah.


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan
sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka
akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut
saintis di Universiti Israel, siasatan
menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat
pada genes, ini bermakna keturunan perokok
bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat
ditemui oleh saintis yg mendalami bidang
genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar
rokok terbesar adalah; tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi
cukup dikawal, makanan awal ialah
buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil
lever) Didalam pengamatan saya,
kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab
dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka
telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka
bermain musik dan memahami nota notanya
dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu
bijak.


Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk
otak) maka itu terdapat ramai sekali genius
musik terdiri dari kaum Yahudi.


Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan
perniagaan dan pelajaran sains amatlah
diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di
California, ianya jauh berbeza tentang
IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah
di tangkap oleh anak Yahudi. Selain
dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi
keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,
menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu
perkara disamping mempermudahkan persiapan
untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid
ditekan dengan pelajaran mata sains
dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala
kelihatannya lucu dan mengarut, tetap
diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering,
idea itu akan dibawa ke institute tinggi
di Politeknik dan Universiti.


Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat
melihat mereka begitu agresif dan seriusnya
mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan
memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap
kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta!
Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja
sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka
tidak hairanlah mereka dapat menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta
design Levis yg terkini? Ianya dicipta di
Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya
ialah dengan menggoyangkan kepala mereka,
menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala,
banyak ugama lain di Timur Tengah,
seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna
dapat mensimulasikan otak kita supaya
bertambah aktif (bezikir). Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan
kepala dan ianya sebagai adat. Ramai
orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah
sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat
untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk
Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman
tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan
kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka
menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah
Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis,
Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama
dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti
perubatan New York akan disarankan untuk
mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan
bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu
mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh
dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman,
ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang
ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan
latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.
Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah
makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil
adalah baik sekali untuk penumbuhan otak
kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak
mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan
yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan
menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan
mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan
saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti
dianak tirikan dan begitu susah sekali
untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan
perbelanjaan sehari untuk makan anda!!
Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti
Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran
dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak
institusi pelajaran mereka bertaraf
dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!


Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah
menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,
teater, kebun bunga hingga kemusium
hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan
hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah
jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat
dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.
Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka
begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris?
Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini
bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi
itu zalim sehingga diusir dari semenjak
zaman Paraoh Hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya
ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat
melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak
mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari
segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi
sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang
cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya
nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya)
dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai
Mengapa saya gemarkan tomato!


Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat
mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa
mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


After reading the article, I google-d for Dr Stephen Carr Leon. I was hoping that I could get the English version as the sender of this article claimed he found Dr Leon's article on the web. But, I wasn't surprised when I COULD NOT FIND any English version of this thesis. Do this, and you'll only get a list of all the Malay translated article.

And for this, I may conclude that:

* Dr Stephen Carr Leon DOESN'T EXIST. Neither does his thesis.
* An Average Joe wrote this article but he had to claim that it is a thesis so that the article looks like it is proven BY RESEARCH.
* The moment I read the thesis is entitled "Why the Jews so smart", I knew this is a hoax. The sentence may have semantics, but not the grammar. What happened to "Why the Jews ARE so smart"?? Someone ate the ARE in the process of translation?
* He wrote this for his PhD?? What the fish. I've never seen a thesis this simple for a PhD level.

I do agree that who-ever wrote this article made some really good points about why those people are clever (let's not generalize ALL Jews). But these are just some healthy lifestyle that are known too many. The only difference is, some practices it, some don't.

To the Average Joe who wrote this article, you've made your point. And yes, people are believing this article by spamming another persons inbox. Oops, sorry Biha! Hehe.

Anyway, if Dr Stephen Carr Leon is REAL and his thesis can be found somewhere, please buzz me. I may have to delete this post then. Haha. But don't attempt to fool me.


"Fa maadza ba'da-lhaqq, illa-dl_dlalaal"
Fri 13-Feb-2009 13:32
Posted by:leo imanov leo_imanov@yahoo.co.uk  - [Link]
agree with you, i am also doubt at first but since the there are a lot of good points, may be it's good to share, just take anything that can benefit us... Fri 13-Feb-2009 14:27
Posted by:izani dotron99@yahoo.com
Add comment


Thursday, 5-Feb-2009 12:15 Email | Share | | Bookmark
khamis

 
 
baru selesai mermesyuarah dgn big boss,
nak kene buat abstract utk next paper, minggu depan nak anto,
nak kene perah otak,kiri dan kanan,

disini masih sejuk, takkan panas, bawah 0 degree,
keretaku macam daging dlm freezer,
berfrost,compang camping,
salji nipis menghujani Glasgow,halus cukup cantik buat abc, lembut

smalam ada yg terkurung di Mc Cance building,
bukan dikurung, tapi mengurung diri,
mereka perjuangkan hak manusia di Gaza
ada rakan terkurung sama, hebat semangat mereka,
sayang sekali sudah berfamily,kalau single boleh join sama

bukan kerja gila, kerja cool,
bangunan dikawal polis,BBC datang menjenguk, NGO dtg menyokong,
ada datang menyumbang makanan, ada dtg memberi semangat,
tiada ketakutan, kerana polis tidak boleh menyentuh anda,
anda di tujuannya satu, menghapuskan apa-apa berkaitan Israil di Strathclyde,

ini baru namanya demokrasi, bukan macam disana,
nama sj islam, tapi isi nya tidak, yg haram sedap dibedal,yg halal diharamkan,
ada org kata, memilih pemimpin carilah yg pandai,
bukan dunia shj tp akhirat,tu pun kalau percaya,kalau tak
buatlah sesuka hati kerana dunia ini milik kamu

cantik sungguh demokrasi disini ,

baca laporan dr rakan ,

Salam semua, Untuk makluman semua, kumpulan demo akan terus berada di McCance Building sehingga esok pagi. Mereka merupakan kumpulan ke 20 (untuk keseluruhan Britain) yang melakukan 'occupation' iaitu terus mendiami tempat berkenaan sehingga segala permintaan dipenuhi. Kami telah menghantar delegasi untuk menemui Principal. Kumpulan pertama (5 orang) kembali dengan janji2 oleh pihak atasan yang tidak memuaskan hati pejuang.

Pihak Universiti lebih menjurus kepada aspek kepentingan universiti. Cuma 2 scholarship sahaja akan diberikan kepada pelajar2 di Palestine, kontrak dengan Eden Springs dan BAE cuma akan disemak dalam masa 1 bulan. Kami kemudiannya menghantar kumpulan kedua (5 orang) tetapi mereka hanya mampu berbincang dengan Secretary (Peter). Keputusannya, kami sekali lagi agak kecewa kerana tuntutan menamatkan kontrak dengan Eden Springs tidak dapat dilakukan dengan kadar segera. Janji pihak atasan... tindakan hanya akan dilakukan dalam tempoh 2 minggu.

Pejuang2 menyatakan bahawa mereka yang berada di Gaza sentiasa tersiksa kini dan bukan dalam masa 2 minggu lagi. Tuntutan telah dimajukan sejak 3 bulan lepas dan tiada apa2 langkah drastik yang dilakukan oleh pihak atasan. Scholarship dan kontrak dengan BAE akan dikaji. Again we were not satisfied. Kami dilindungi oleh NGOs & pelbagai pihak. Malaysian cuma 5 orang (seorang dah belot, I lah tu... isteri solehah ) dan yang tinggal kini adalah Atikah, Harny, Syifa & Adilah. Pihak universiti dan polis tidak dibenarkan mengapa2kan mereka yang berada di dalam bangunan berkenaan. That is what they call 'Democracy'.

Sehingga I balik tadi, President of Stop War Coalition (Scotland), BBC dan ramai lagi pihak2 yang memperjuangkan hak2 kemanusiaan di Palestine mengadakan lawatan dan menyatakan sokongan kepada semua yang berada di dalam bangunan. Frankly speaking, this is my first experience. Mula2 takut juga kalau2 kena tangkap dengan polis or security (bayangan demonstrasi di Malaysia sentiasa menghantui fikiran). Rupa2nya security guard pun sokong kita.

Polis? Tak boleh sentuh pelajar. Pejuang2 ni ada link yang cukup kuat dengan peguam, pertubuhan hak asasi manusia, pelajar2 dari seluruh universiti di Britain dll. Rasa sungguh kagum dengan mereka yang mengenepikan perbezaan kaum, bangsa dan agama demi memperjuangkan hak2 warga Palestine & other human right. Kami menerima sms dari pelbagai pihak menyatakan sokongan.

Ada pihak2 tertentu yang menghantar makanan halal dan minuman untuk kami di dalam bangunan. Sehinggakan kami merasakan agak simpati pada mereka yang berada di luar bangunan. So friends, apa yang termampu kita di luar lakukan sekarang? Tepuk dada, tanya selera. Buatlah apa yang termampu agar saudara mara kita di Palestine akan dibebaskan dari cengkaman rejim zionis. Just to inform you... Muslim hanyalah 1/3 dari yang hadir (53 orang semuanya yang berada dalam bangunan). D

oakanlah juga mereka yang berada di dalam McCance Building akan terus kuat dan tabah memperjuangkan tuntutan mereka. Apa tuntutan mereka (I'm not good with translation) :i. Kontrak SU dengan Eden Springs (Israel wholly owned company) ditamatkan;ii. Dana yang diperuntukkan kepada Engineering Deparment adalah dari BAE (massive arms company) yang menjual peralatan perang kepada Israel.

Mereka mahukan SU mencari dana lain dan menyingkirkan BAE dari SU;iii. Lembaga SU mengeluarkan kenyataan membidas tindakan Israel mengebom Gaza;iv. Bayar dan bantu (dalam bentuk biasiswa) kepada 50 orang warga Palestine untuk belajar di SU;v. Membantu Islamic University of Gaza dalam bentuk kerjasama (twinning programme) ataupun penghantaran bantuan kewangan;vi Membidas BBC yang tidak menyiarkan rayuan DEC untuk Gaza, hebahkan di SU tentang rayuan yang dibuat dan mengadakan 'fundraising day' di kampus SUvii.

Menentang tenaga akademik Israel yang mengadakan penyelidikan ketenteraan di SU. Gambar2 berkaitan akan saya upload kat Facebook nanti. O.K then, apa2 perkembangan terkini akan saya bawakan kemudian. Take care, smile always... Freedom for Palestine & Aid for Gaza


TAKEN FROM tinyurl.com/occupationstrathclyde

Rally today at 11am outside McCance - show support for those occupying Strath
05.02.2009 07:54






Dear friends,

Around thirty of us remain in the occupation of the McCance building and are hoping for YOUR support, in whatever form that may be. Please come to the McCance building at any point you're free - we have taken the entire Registry. Join the rally from 11am, or come earlier and join us.

Find our Facebook group at tinyurl.com/occupationstrathclyde

The occupation: STARTED WEDNESDAY 4TH FEBRUARY, 2009, 2.30pm.

We demand:

-Cancel the contract with Eden Springs

-Divest of arms manufacturer BAE Systems and find
alternative funding for the engineering department

-The SU board must issue a statement condemning Israel's bombing of Gaza

-Pay for a facilitate 50 scholarships for Palestinian students

-Show solidarity with the Islamic University of Gaza. Write a letter of support, twin SU with the university and send money to help rebuild it

-Condemn the BBC for refusing to broadcast the DEC appeal for Gaza, show the appeal in lecture theatres and hold a fundraising day

-Oppose Israeli academics who promote military research at SU

We have had two meetings with the Vice Principal, both of which were fruitless - so we are staying here until we get some concrete promises re the above.



Care to comment?


Tuesday, 3-Feb-2009 23:56 Email | Share | | Bookmark
bakal gewe baru





citroen c4 picasso mpv

baru pasang angan-angan, tgh kira duit celah almari, kasut, baju utk membeli sebuah buah hati baru..

-amaran-masih dlm angan-angan, kat msia 168K, kat sini dlm rm60K dgn tukaran matawang skang.

p/s kat msia c4 bleh wat letup orang , kat sini bleh bawak naik,




ko beli jer ron. Ko kan dpt AP. Wed 4-Feb-2009 05:59
Posted by:kandos  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.