Want your
own Fotopage?








 

www.izani.co.uk catatan diperantauan
By: www izani dot co dot uk domain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 24-Oct-2008 23:55 Email | Share | | Bookmark
kembali semula ke UK

Banyak yg nak dikongsi dan byk yg hendak diceritakan, ketika ini jam 2.56 pg di exec.lounge departure hall. Pelik jugak masa nak check in tadi,naper minah check in bagi kad vip lounge, rupanya baru perasan di tikit tu business class. sorry to say first time naik biz class.Slalu tgk org jek naik, ni pun taktau nape yg bleh dpt biz class. Patut la ada meals on board, masa dtg haritu dpt makanan ayam jek ,nak tulis byk2 pun duk kat lounge ni ramai org , kurang sesuai, sekejap aje seminggu, banyak juga amik gambar,tunggu dan lihat saja la, tak sabar rasanya nak sampai glasgow menemui isteri terchenta dan 3 hero. Salam dr Cyprus, selamat tinggal dan tak tau bila lagi akan kembali.

Care to comment?


Monday, 20-Oct-2008 14:57 Email | Share | | Bookmark
From Glasgow to Cyprus

 
Tiba di Phapos,Cyprus jam 3-30pg, agak lewat sebab flight delay 30 min. Berada diluar pesawat, menikmati udara mediterranean,lama sudah merindui cuaca panas dan angin
pantai. 27 C, begitulah suhu secara umum, seakan berada di Malaysia.


where is cyprus?

London Gatwick? me dont know where is it actually.
Keluar dr balai ketibaan dan terus mencari org yg memegang nama ,agak kecewa kerana balai ketibaan hampir lengang,namun yg ada cuma ulat teksi yg tak habis-habis
cuba memujuk utk menaiki teksinya. Secara sopan pelawaan mereka ditolak. Cuba menggunakan vodafone UK disini,kecewa mendengar suara operator mengatakan servis tidak available utk vodafon UK namun beberapa kali telah menerima sms.

Cuba menggunakan telefon awam, kecewa lagi kerana ia menggunakan kad fon,sedangkan airport ini agak kecil dan diluar lobi ketibaan cuma ada barisan kounter kereta sewa dan sebuah cafe, jam 4 pagi, tiada urusniaga yg dijalankan kecuali kaunter kereta sewa.

Sedangkan bayaran utk airport transfer sudah dibayar sebanyak Euro 128 utk return trip.Mati akal seketika memikirkan bagaimana hendak berhubung dgn nombor ketika emergency.Nasib baik ada sebuah keluarga yg sudi menukarkan wang kecil.namun satu fon pun tiada yg menggunakan duit syiling.

Sekarang jam 4 pagi,keputusan terakhir utk menghampiri kaunter sewa kereta dan cuba meminta pertolongan, nasib agak baik, penjaga kaunter menyambungkan telefon dipejabatnya, dan terus dihulurkan telefon utk membuat panggilan.

Tanpa membuang masa terus mendial no. yang diberi dan panggilan dijawab dgn segera oleh seorang lelaki dgn accent english bercampur greece. Driver meminta saya menunggu diluar dalam 5 min. Sambil menunggu didatangi lagi dgn ulat teksi yg cuba menawarkan perkhidmatan keretanya,pelawaan ditolak dgn baik, pemandu agak hampa.

Bayaran sudah dibuat tak perlu melayan kerenah ulat ini. Hampir 10 min kemudian, tiba sebuah mercedes e220, bernombor plat 478,lega rasa dihati akhirnya sampai juga teksi yg sepatutnya menunggu tadi. Dengan baik ucapan hello ditujukan utk driver dan memasukkan barang dan driver terus memacu ke Limassol, dimana hotel penginapan ditempah. Hampir seminggu akan berada disini. Kiri dan kanan masih gelap dan tak banyak gambaran sebenar Cyprus yg dapat diolah.

Menaiki E220 agak steady. 120-30km/j tu bagaikan tidur diatas katil. Memang laju, namun tiada pula rasa takut mungkin ia jenama Mercedes. Sambil berbual dgn driver bertanya mengenai Cyprus, life dan sbg.nya. Sebelum tiba di hotel, teksi terpaksa ditukar sebab driver akan ke Larnaca airport, memang sibuk cakapnya utk mengambil peserta conference. Dengan driver baru, tak byk perbualan berlaku, dalam hati cuma hendak sampai ke hotel dan jama Isyak dan maghrib, sambung subuh dan tidur utk seketika sementara menanti conference bermula.

Tak sabar juga hendak jumpa Harold (Hal), dean fakulti diMMU yg juga merupakan presiden VSMM conference. What a coincidence!Jam hampir 7 pagi tertidur seketika, terus bangun meneruskan subuh yg hampir melabuhkan waktu.

Dan tidur terus disambung hingga ke jam 8-30,bangun bersiap dan terus ke cafe utk breakfast, kalau di Msia memang membedal semua yg dihidang, namun disini sosej tak disentuh, yg dijamah cuma toast, red bean, tomato, jam dan secawan kopi.

Nasib baik Hotel Amathus berada di depan Hotel Golden Arches. Habis je menjamah makanan pagi terus ke Amathus hotel utk register,dan sambil masuk ke dewan conference sambil mencari Harold,mesti dia depan sekali agaknya. Memang betul dia didepan,mendengar ucapan pembukaan yg diselang dgn kebosanan dan menafaat.
Pertama kali berbaju selapis. Kali kedua travel keluar negara tanpa isteri dan anak-anak.

Pertama kali berseorangan keluar negara, ketika ke US, Hollywood selepas 2 bulan Sept 11. Begitulah kehidupan utk mencari pengalaman baru. Tulisan ini ditulis ketika berada didalam conference room dan ucapan key note masih belum habis. Akan bersambung sekiranya bosan dan mempunyai kerajinan utk menulis.






membaca umpama dairy...teruskan menulis Wed 22-Oct-2008 00:12
Posted by:kandos
Add comment


Monday, 1-Sep-2008 02:02 Email | Share | | Bookmark
salam ramadhan


slamat menyambut ramadhan dr kami di UK,skang jam 3.08am, abis sahur dkat-dkat 4am. Hari ni start puasa ikutkan masjid central mosque glasgow. Smalam sempat lagi membedal satey, pre raya la katakan....actually smalam we all having bbq satey kat rumah guru bsar smg (skolah msia glasgow) gambar kat atas tu diamik last few weeks masa pendaftaran sesi baru smg, skang skolah smg dah depan rumah,snang nganto amir, kita guna class skolah holyrood, bbq smalam dibuat utk menghargai jasa-jasa x ajk & ajk smg, riuh rendah la gak sparuh hari..

banyak event yg tak diupdate kat sini, aku tgh nak siapkan web aku sendiri stelah 10 thn terbengkalai ) kalo nak kira personal web mmg byk dah buat tp masih tak puashati, so kali ni harap2 ok la..

cakap ttg buka posa kat sini, taklah semeriah pesta beli makanan di pasar ramadhan di Msia...tapi nasi briyani tu tiap2 hari la kat masjid glasgow tu..sahur pun aku bedal cereal je saja nak maintain diet ni...amik kesempatan puasa..

tunggukan web aku yg tak lama lagi akan siap..
ni laman web smg
http://smg.ne1.net/
bawah ni komuniti malaysia glasgow yg aku kerjakan
http://malaysiaglasgow.co.uk/

jap lagi jam 6 nak kene gi keje dah, part paling malas, tapi duit nak...ok la aku nak abiskan sahur ,menu sahur pagi ni, muesli+brans+susu, nyam2...slamat posa n berbukak..

wah, bestnyerrr nanti beraya kat UK tewww.. mesti sejukkk kanns Sun 7-Sep-2008 02:55
Posted by:en_me yginsaf@lycos.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 17-Aug-2008 22:34 Email | Share | | Bookmark
bbq

hari ni komuniti sini ber BBQ lagi, gambar arituh pun aku lom smpat nak dump kat sini, byk gambar aku tak dump...harini BBQ tajaan kelab umno, blasah jgn tak blasah, apa2 pun aku nak letak gambar afiq ngan gewe dia yg chubby dr Loughborough, Izzah

Bang.. Bile nok maghi jale Edinburgh? Huhu.. Mon 18-Aug-2008 07:39
Posted by:Danny Kyoto dannykyoto@yahoo.com
cam familiar jek ngan nama danny nih, danny de vito ka
anyway edinburgh dah sampai, cuma lom tido lagi, ado sponsor utk tido no hal...30 min jek dr glasgow...salam
Mon 18-Aug-2008 09:17
Posted by:ron dotron99@yahoo.com
fuyyooo Mon 18-Aug-2008 18:47
Posted by:mama Faheem  - [Link]
Add comment


Thursday, 14-Aug-2008 01:29 Email | Share | | Bookmark
summer update

salam,
lama btul aku tak update mende alah ni, bukan takde aktiviti tp jari+mental+fizikal yg malas nak menaip dan update, gambar dah bertan2 duk dlm hard disk, skang dah masuk penghujung summer, budak2 pun dah nak abis cuti, next week dah start skolah baru, amir masuk skolah baru dkat ngan rumah, Holycross Primary school, akif masih nursery lama Annette St. Afiq plak masih terperap kat rumah, jadik tukang hantar abang-abang ke skolah,

we all baru balik dr summer holiday di england merasmikan lesen UK, 1 week family road trip-dr glasgow-london-oxford-essex-loughborough-birmingham syok gak jumpa kawan2 lama, tak sangka lak kawan2 ada rata-rata kat sini, di essex, jumpa lak kawan baru dr cambridge, so leh la plak nanti jalan2 cambridge,

kalau ada rezeki plan nak ke ireland, berkebetulan ada 3 kawan kat sana, yg menetap kat sana pun ada, tapi seme tu kawan aishah, bleh la satu trip ireland nye negara..

Insya Allah ujung tahun plan nak balik Msia, tp bergantung pada keadaan masa tu, aku masih dlm proses apply utk second grant, kali ni utk equipment, yg lepas spvsr applykan utk proj. under uk prime minister collaboration ngan Msia univ. aku entitle utk balik msia stahun skali selama 3 bulan , panjang holiday

nanti aku akan update gambar travel haritu...


gambar2 yg diedit oleh isteri terchenta, sbb suami dah malas

afiq ngan kuda kepang nya, amir ngan akif bersama jam ben 10 nye,

mega block session, budak2 pun suka main mende nih cuma nak kene monitor sbb ada satu trailer blok nih, so once dah start main bleh tahan la nak ngemas..

main doh, syok sakan budak2 nih main doh,part paling malas aku nak jaga, tapi bagus utk kreativiti budak2, buat diorang berfikir dan mereka cipta tah apa2 pun aku taktau

Care to comment?


Monday, 21-Jul-2008 23:00 Email | Share | | Bookmark
Carbooting, picnic & outing

smalam 20th Jul, we all ke lanarkshire, carbooting, sini antara carboot paling besar di scotland, kalau anda baru sampai kat sini, maka mata anda akan juling hehehe..kalau nak mencari nike, adidas, timberland kat anak2 sinilah tempatnya, tapi paling sedih aku jugak tak beli apa2. aku pun taktau naper,..mungkin malas nak mencari dan jumpa yg tak sesuai, kat sini nak cari pakaian yg takde brand mmg susah, seme berbrand so kalau dtg scotland mmg wajib datang sini, tambah2 musim summer ni mmg cun...

belah tgh hari kami picnic ngan eda, abg shah + family, abg halim, oo btw lupa nak bagitau yg aku dah dapat lesen besar utk bawa kete kat UK, nih phd no 2, bukan senang seyh nak dapat lesen UK, tapi Alhamdulillah aku telah menepis cerita mitos yg menyatakan amat susah utk dptkan lesen sini, pada aku rezeki masing-masing yg menentukan setelah anda berpenat lelah belajar bawak kete kat sini, abis la gak dlm 400-500 pound dr A sampai Z. skali blaja dlm 20pound, Utk pengetahuan pd satu thn ni, peratus yg lulus kete dlm 41%, so imagine betapa susahnya standard sini...naper susah? tgk la plak rate accident kat sini, tahun lepas seingat aku kadar remaja mati atas jalan raya utk satu thn, tak sampai 30 org! satu thn tu beb...senang nye hati bila dah ada lesen, cuma kene carik duit lebih la plak utk round UK, ada ura2 member nak travel europe, tgk rezki camne..

aku sebenarnya dah give up masa mula2 blajar sbb byk bad habit dr mesia bawak masuk utk drive kat sini, lepas belajar baru aku tau, aku rasa aku tak blajar apa pun kat msia masa lesen L, stakat tau sign, tau undang2, tau bawak..that's it...bila aku kat sini aku tau byk benda, dan seme tu di praktik berdasarkan kajian , hebat sungguh negara org maju ni,

belah petang kami ke river festival, ada byk kapal kat river clyde, kapal perang , kapal macam2 la, pastu ke toys r us mencari jam ben 10, tak pernah aku beli barang kat sini, nih first time..pastu bergegas balik ke rumah sbb meeting smg-skolah malaysia buat kat rumah aku, then kak pah lak sponsor makan, sedap tul me hailam dia, aku bedal dua pinggan



















assalamualaikum, salam perkenalan. terjumpa fp ni semasa tgh cuba-cuba cari persatuan masyarakat melayu di glasgow. ada adik nak ke glasgow jadi memerlukan bantuan kengkawan di sana. saya (boleh ke guna 'aku' sbb cam lg selesa ) di notts by the way. nanti boleh tak dapatkan contact number ajk persatuan melayu kat sana untuk adik yg nak dtg (dgn suaminya) tu. thanks. lagi satu, tahniah dah dapat lesen UK. dengar cerita mmg susah gak nak pass ek. kat notts ni ramai gak yg ulang test dua kali sblm passed. sekali lg tahniah!!! Sat 2-Aug-2008 08:08
Posted by:mrshenri  - [Link]
thanks!!! nanti aku minta adik tu contact ko ye. thanks!!! enjoy the sunshine!!! Mon 4-Aug-2008 07:17
Posted by:mrshenri  - [Link]
Sikit betul accident kat sana. Hang biar betul ron. Kalau kita orang sampai sana, boleh ler ko bawak jln2. hehehehe....Aminnnnnnnnnnn
Tue 5-Aug-2008 08:29
Posted by:Kandos
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 1-Jul-2008 23:14 Email | Share | | Bookmark
BBQ tajaan Kak Eda,Dennistoun


last 2 weeks sempat membedal BBQ pertama di rumah baru, nasib baik cuaca baik, BBQ ni tajaan kak eda, dr bbq grill, ayam dan juga pot luck, yg datang pun dalam 4-5 family dekat2, syok la gak, tgh duk syok makan, baru perasan, eskrim kak as bawak takdak cop V (vege) hehehe...apolagi dah 3 kotak habis....baru nak prasan...anyway enjoy d video..salam

p/s insyaAllah aku akan balik setiap thn ke Msia, sbb dpt grant prime minister british council, thanks to my supervisor, kepala baik nye spvsr.

alahai comelnyer babyy u.... Sat 5-Jul-2008 18:46
Posted by:Anis Ahmad  - [Link]
Baby ron mmg comel. Tgk ayah dia ler pulak. Hehehe. Bila ko balik m'sia ron? Habis PHD, ko kerja teruslah kat sana. Stay sini byk sgt kes ugut-mengugut ni. Fri 11-Jul-2008 22:02
Posted by:Kandos
assalamualaikum,..salam perkenalan,.. Fri 25-Jul-2008 07:40
Posted by:ja duisburg salezams@googlemail.com
View all 4 comments Add comment


Sunday, 15-Jun-2008 21:10 Email | Share | | Bookmark
it's amir's birthday

now amir's 6 yrs old, he was born in Ipoh,on June 14, 2002.. kejap je rasanya dah besar our eldest son,
masih lagi aku ingat masa umi nak deliver, labor contractions started in the early morning of June 14,masa tu masih lagi di Ipoh berkebetulan bapak mentua jadik boss kat spital ipoh, so mudah la skit arrangement utk access, labor room etc, pagi2 lagi lepas subuh dah nak ke spital, panik gak aku maklum le first time, cepat2 la aku ke spital ipoh, memang plan nak bersalin kat ipoh, masa tu mmg fully utilise gomen nyer service sbb snang nak mitak tlg father in law,lagipun first class gomen tak semahal private,
lama la gak aku tunggu, sampai ke malam baru deliver, dah nak masuk kul 12, parents aku just nice sampai masa lepas deliver....

so ni 2nd time amir celebrate besday kat UK...party pun tak besar just a wee party celebrated by his friends in govanhill area...

so below are some of the pics shot yesterday, thanks to my beloved wife for colour correcting the pics and more importantly to Allah who gave us these 3 precious gifts...all are naughty...talented..and got fastest CPU , amir also got a card with 10GBP note from our neighbour, Pauline...we invited them to join unfortunately they couldnt make it,































Care to comment?


Friday, 13-Jun-2008 01:25 Email | Share | | Bookmark
rumah baru 2

recent pics
skang kul 2-30pagi, aku taktido lagi, timing smayang agak susah skit , 10mlm maghrib,11isyak,1-30pagi subuh, so kalo tido lepas isyak mmg terbabas subuh.....kalo tido lepas maghrib plak, silap2 isyak ngan subuh terbabas, so nak slamat jgn tido, esok kul 5 pagi dah cam kul 8 pagi kat msia..terang benderang,
ginilah keadaan waktu summer..



afiq n mower

akif & hopper

amir n his mini scooter


afiq on his ride on





afiq nyer remote beli kat open bazaar skolah amir, 50pence

scooby

eyna-we all sihat aja,thanks for asking lama tak dgr citer org sana, mano gambo2 aksi hero n cap gap
izwan-macam penah ku dengar nama ni, hehehe...waa org glamer, lama tak dgr citer, sorry skang susah nak cari masa utk chat, maklum la kais pagi makan pagi, kais ptg makan petang, takziah utk nenda tersayang, tabahkan hati, kita semua akan ke sana jua nanti, dengar adik dah kawin ehem2...bila lak uncle wan, pastu yg uncle wan asyik duk gi ketuk umah pakistan tu pesal hehehe..
Mon 16-Jun-2008 10:52
Posted by:izani dotron99@yahoo.com  - [Link]
heheh happy birthday to AMIR ..hahaha anak sedara sulongku dah besar rupanya ...we all baru balik dari sabah.....letih tak hilang lagi...ole ole boleh beli untuk cicit jer la buat masa ni ..nak beli untuk you all jauh lak nak kirim ..takut time balik mesia dah berkulat ..... Wed 18-Jun-2008 06:30
Posted by:auntie YA n uncle Pesol atieyo@yahoo.com
Takpo. pakngah kumpul2 wak skali hadioh. hee... lama dah izi tak jumpa pupu ni... Mon 14-Jul-2008 06:03
Posted by:fazli
View all 7 comments Add comment


Sunday, 1-Jun-2008 19:30 Email | Share | | Bookmark
rumah baru


skang summer, mmg best cuaca kat scotland, kadang2 ada gak ujan, tapi time panas mmg syok,
first time aku pakai shirt selai smalam slama aku duk sini, mmg panas tul smalam,
lepas balik dr durham, afiq kene cikapot,belum tu akif, amir dah kene kat mesia, bleh katakan satu govanhill kene cikapot esp. budak2, nih afiq lepas mandi masa kene cikapot...


router aku yg sampai tepat spt yg dijanjikan tiscali, aku ingat ada technician dtg pasang,rupanye kene DIY, nasib baik godek nye godek, lepas la gak...
2 minggu sblm masuk rumah baru aku dah awal2 lagi cek,broadband service apa yg available kat rumah baru, unfortunately no virgin media, so terpaksa la aku letgo cable tv,nak amik SKY malas nak derma duit bulan-bulan,so rumah mmg takde tv on demand,terpaksa berpuasa, ingat nak cekau dreambox, tunggu rezki dulu,last2 skali aku amik tiscali, bandwitdh aku dlm 8MB, ok la 4 kali ganda yg lepasnye, aku try cek speed walopon tak accurate sbb tgh pakai net utk 2 pc, tp bleh la tahan...graf spt kat bawah

kat sini paling laju setau aku dlm 20mb, tokey2 dvd pirate bleh la langgan 20mb nyer broadband )
unfortunately kat sini mmg bukan tempat utk piracy, sbb beli baru pun dah dlm kategori murah,so kalo nak jual pirate mmg tak kaya


mula2 masuk umah, bleh la tahan rumput, kelihatan amir tgh menyelidik rumput rampai blakang rumah..


akif tgh mengetest micro scooter kat backyard, laman rumah mmg luas, mmg puashati, bleh wat sbijik rumah lagi kat blakang, nak wat BBQ anytime...masa ni rumput blom di potong lagi sbb mower,trimmer seme ada dlm store ,landlord lupa bawak kunci store....


antara budak kampung yg paling hepi, afiq, pantang bukak pintu mesti ilang terus..zup zap zup zap main tanah kat blakang, maklum la belum ni duk rumah tgkt 2, takdak life langsung, aku pindah ni pun pikir kesian kat budak2 ni, duk dlm umah main game jek, so skang boring2 duk dlm rumah diorang leh kuar main kat backyard,dah lama aku duk usha rumah area ni cuma amatlah susah dan dah nak jadi rezki kami, surrounded by local scottish, so jauh dr republik chech & pakistan, area pun bersih,jiran2 pun ok stakat ni, cuma lom ada outdoor toys, n playground sendiri lagi, tak lama lagi tu siap la tuh


teknik menjahanamkan kotak


Tommee Tippee Roll 'n' Go Bib yg byk berjasa utk afiq, kelihatan afiq sedang makan eskrim mcm makan nasi


my little demon


little demon in the living hall


nih bilik anak teruna


akif yg rajin menelaah game




koleksi toys anak teruna, tu dah simpan sparuh, atas attic, dlm store, memandangkan mak bapak mmg minat toys, kalo ke carboot mesti cekau toys nye, skang ni dah kurang sbb rasanye dah berlebihan dah toys,

hooo, afiq ingat sokmo tok ma,nak2 minggu duk nelepon,nak murah tunggu la air asia, family seme dia ingat, tgk gamba sokmo , no worries, dia cepat mesra rakyat,ngan sapa2 pun ok,jumpa mat salleh pun tegur sokmo... Tue 10-Jun-2008 06:15
Posted by:ron dotron99@yahoo.com  - [Link]
Salam kemesraan dari Zai KuLiM boring2 tu jom ler. jenguk sat entry Zai shopping sakan kat Night Market @Brichang ,Cameron tu....
Ok sok ader lagi entry kat Cameron .. mengenai kat Arabella plak..mmg cantek dan sesuai tuk seisi family bila pi CH

Wah...mcm2 aksi si afiq tu kat umah noo
Wed 11-Jun-2008 04:07
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Ko tak de plan nak beli terus ke rumah kat sana? InsyaAllah Imran cukup setahun, aku plan nak pi sana bawa family. Boleh tumpang stay rumah ko? hehehe Sat 19-Jul-2008 20:17
Posted by:Kandos
View all 6 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.