View complete fotopage
|
|
| Sunday, 8-Mar-2009 18:40 |
Email | Share | Bookmark |
|
Al Fatihah utk Amir Yusuf
|
|
Hari ini hari yg mendung di Glasgow,
semendung hati sepasang suami isteri yg terpaksa merelakan anak kesayangan berjumpa dgn pencipta Nya.
gambar dr album fajar
Hujan membasahi bumi Glasgow seperti air mata membasahi pipi warga Malaysia disini. Sukar utk diungkap dengan kata-kata.
Amir Yusuf bertarung di ICU selama 8 bulan. Tabahnya hati ayah bonda mereka setabah doktor dan para pakar disini yg berusaha hingga ke akhir hayat. Masa ini Amir bersama dgn anak-anak lain di syurga. Dia tidak akan kembali lagi. Disitu semua impian kita. Kita akan berharap kesitu, cuma masa yg menentukan. Allah mengambilnya terlebih dahulu sebab Dia sayangkan Amir,pemikiran kita tidak sampai ke alam barzakh. Kita tidak akan dapat memikir apa yg berlaku disana. Tapi hati ini pasti, dia tenteram bersama kecantikan Illahi disana. Jangan gusar kerana itu janji Allah utk kain putih yg suci.Yang patut digusari diri sendiri kerana kita bukan lagi sehelai kain putih.
Cukup kagum melihat kecantikan sistem disini. Negara yg mengamalkan suatu sistem yg adil tanpa mengira siapa yg dirawat. 8 bulan bukan sekejap utk menjaga tubuh kecil yg penuh dgn wayar berselirat. Hari bertukar hari,berselang hari menggunakan bantuan oksigen. Doktor dan nurse tidak pernah merungut, emosi ibu dan ayah diletakkan tahap pertama. Fajar sendiri kagum dan tidak pernah merungut sepanjang 8 bulan di hospital. Cukup professional dan terlatih.Terfikir juga adakah negara kita sudah sampai ke tahap ini? Ini hospital kerajaan bukan hospital swasta. Sukar mencari hospital swasta di sini, mungkin hospital kerajaan sudah cukup bagus.
Hari terakhir bersama Amir , Fajar ada memberitahu dia diberikan bilik, umpama hotel utk lelap seketika di hospital. Bayangkan perasaan dan emosi ketika bergelut dgn saat susah. Sudah pasti tenang seketika kiranya dilayan sebegitu. Tidak ada istilah white,black,kristian,islam , mereka melayan sama rata. Mereka berusaha sampai saat terakhir Amir menghembus nafas pun doktor masih berusaha menambah oksigen. Hinggalah saat doktor terpaksa berkata, he has to go.i am very sorry. Dramatik kisah ini. Rekod paling lama dan patient paling sakit. Tak dapat bayangkan kalau semua ini tidak diberikan percuma. Bayangkan berapa kosnya, mau cecah jutaan pound.
Tubuh kecil itu dijaga bagai menatang minyak yg penuh. Pakar dan doktor setiap inci tubuh berganding bahu dan setiap keputusan adalah keputusan bersama. Pakar-pakar yg berkhidmat semua yg memiliki tahap kepakaran yg tinggi dari pakar jantung dan sebagainya. Kagum itu saja yg boleh dikatakan.
Aku sendiri belum pernah melihat Amir Yusuf dgn mata sendiri. Bukan mudah utk masuk ke ICU. Fajar/Anis merupakan jiran terdekat di Dixon Rd. Bagai saudara mara terdekat. Setiap kali ada majlis tak pernah kami lupakan mereka.
Jauh diperantauan, siapa lagi hendak berharap kalau tidak pada kawan-kawan. Warga Malaysia disini tidak lokek, kalau bab menolong memang tinggi spiritnya. Jam 12-51pm, Amir Yusuf telah meninggalkan ibu dan ayahnya, doktor,nurse dan pergi menemui pemilik asalnya.
Aku mendapat SMS selesai solat Jumaat. Terkejut tapi sudah dijangka. Baru 3 hari lepas aku terfikir, apa akan jadi sekiranya Amir Yusuf meninggal. Ntah macam mana aku terfikir dan cerita itu bermain dikepala. Tidak sangka ia akan jadi realiti. Proses pengkebumian disini begitu ketat mengikut prosedur. Bukan sikit duit diperlukan, nasib agak tidak menyebelahi, pengkebumian pada hari minggu hampir 3 kali ganda kosnya. GBP1200! Hari biasa dalam GBP400.
Sebenarnya kalau dibenarkan boleh dibuat sendiri, namun protokol disini agak ketat. Utk menggali lubang kubur sahaja mencecah GBP1000 kerana terpaksa menggunakan khidmat funeral director. Apakan daya, sudah tentu tidak mampu ayah dan ibunya menyimpan lebih lama tubuh kecil itu. Rakan komuniti tidak berat tangan utk menghulurkan bantuan samada dr segi kewangan,spiritual dan gotong royong.
Pernah satu ketika, ketika majlis mengaji bersama Ustaz Abduh, aku terdengar perbualan Ustaz dgn isterinya,mengatakan Fajar ada dirumah. Terus aku terfikir,urusan apa yg Fajar nak rujuk pada ustaz, mesti berat ceritanya. Adakah ia berkaitan tiub oksigen? Selang beberapa minggu baru aku tahu, Fajar merujuk berkaitan tiub oksigen, doktor ada bertanya sekiranya dia sanggup utk memutuskan bekalan oksigen? Doktor berterus terang bukan kerana dia white,kita asian, atau apa-apa sebab berkaitan perbezaan maupun diskriminasi,namun mungkin doktor sudah jangka dr pengalaman mungkin terlalu kronik. Namun, hati ibu dan ayah mana sanggup melihat, anaknya perlahan-lahan meninggalkannya didepan mata atas putusnya bekalan oksigen ditangan manusia. Ustaz pun ada berpesan, selagi kita boleh berusaha dan tiada mudaratnya, teruskan berusaha,bukan kita yg menetapkan hidup dan mati, kecuali atas sebab yg dibenarkan. Akhirnya doktor meneruskan lagi usaha demi usaha,tipis atau tidak,itu belakang kira yg penting usaha.
Harapan ibu dan ayahnya agar keajaiban berlaku, begitu juga kami yg tinggal berdekatan dgn rumah mereka. Dr persiapan menunggu Amir lahir lagi kami sudah tahu. Masih teringat akan wooden wardrobe mothercare warna hijau cair.Cukup satu set utk Amir Yusuf. Bila aku melihat wardrobe itu aku terus teringat akan pemiliknya yg sudah tiada. Masih juga teringat ketika majlis mengaji dirumah Fajar, kami diminta membaca surah Yusuf. Rupanya ada makna disebalik surah itu. Yang Esa lebih mengetahui disebaliknya.
Petang semalam aku melihat 2 anakku, Amir dan Akif ditepi keranda Amir Yusuf, sukar utk aku ceritakan pada budak tahap ini. Yg aku jelaskan dalam ini ada baby, baby ini sudah tiada lagi,mereka bertanyakan sebab,hinggalah aku pusing balik cerita ini. Sukar, yang aku tahu Amir memberitahu adiknya, Akif baby ini akan jadi tulang, kesian.
Disaat keranda Amir Yusuf mencecah tanah, aku perhatikan Amir dan Akif tercengang dan diam. Aku tak tau apa yg mereka fikirkan. Hujan renyai-renyai membasahi tanah perkuburan Cathcart. Disebalah sana kubur kristian, disebelah sini kubur Islam. Tiada batu nisan seperti di Malaysia.
Pengalaman ini pengalaman yg cukup mahal dan bermakna buat warga Malaysia di Glasgow. Ini pengalaman pertama. Pengalaman pahit, tapi lagi pahit apa yg dirasai oleh ibu dan ayahnya. Pipi mereka tidak lekang dek air mata,sayu melihat pemergian anak tercinta. Sudah tentu mereka rindukan saat manis bersama Amir Yusuf setiap hari di hospital. Mulai hari ini mereka tidak lagi ke hospital seperti sediakala. Mereka meneruskan saki baki perjuangan dalam menghabiskan amanat menimba ilmu. Hidup mesti diteruskan, ini semua pengorbanan utk mendapat setitik ilmu.
Gambar pengkebumian boleh dilihat di galeri Amir Yusuf
http://amiryusuf.malaysiaglasgow.co.uk/
Sekian utk tatapan minggu ini.
P/s gambar dirakam terhad, cuaca tak mengizinkan,disamping larangan mengambil gambar,terpaksa mencuri peluang.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|