watch test drive
* http://www.youtube.com/watch?v=3FwHPskZc10
* http://www.youtube.com/watch?v=1VPShhUBvCc
* http://www.youtube.com/watch?v=w4SSPOSm5-I
Aku menulis diatas flight ke dubai,tak lama lg kami akan sampai ke dubai,smalam k as ajak dinner rumah dia,kecoh banget jek, happening cam biasa la kalau gathering 4-5 family.pastu k cik plak call suh gi rumah dia, memang tight juga schdule sblm balik,slalu kalau org balik for good, mmg tiap2malam la org jempu dinner,tp kami balik kjap je,just nak puaskan hati,lama x puasa dan raya kat msia.thanks byk2 kat yo yg tumpangkan kami dirumahnya utk 3 malam.budak2 membelasah ps3 sakan.kete aku tinggalkan kat nazri,cuma aku tambah additional driver dlm insuran aku,tu sudah mesti,setiap kete yg kita bawa seme kene insured,means x leh nak pinjam kete sesuka hati kalau kat uk.
kat dubai ni aku x tau mana nak visit seme bergtg pd org dubai utk tunjuk ajar.aku balik skali dgn fajar n family.so tak la sunyi sbb ada member walopon budak ni pun dah cukup buat aku srabut kpala.emirates ni mmg bagus flight dia, convenient sbb depart dr glasgow.aku akan mula merindui summer di glasgow.time ni paling ramai akan bercuti dan holiday,ada ke england,ada ke wales, ada juga travel europe.aku tukar seat dgn aishah duk tepi tingkap,sayu sayu nampak kerdipan lampu umpama pasiran dipantai.kota ini kota kemewahan,kota kegilaan membina bangunan yg gah.tertinggi,terbesar,terpanjang.
Tapi sekarang aku dgr semuanya slow akibat ekonomi dunia slow.penatnya bulan ini hampir sebulan aku berjalan dr uk ke ireland ke dubai ke malaysia, lepas ni keindia dan sri lanka pulak.pastu balik semula ke uk.kapten sdah mengumumkan ketibaan didubai.kami akan berpisah sketika dgn fajar,anis,najla.so jumpa di msia,kita lepak kat serkam,melaka.di dubai kami nenetap di greens,rumah kawan aishah.sekian laporan dr atas udara.
hampir 3minggu aku tak dpt berjumaat,kerana berada dijalanan,hari ini aku mengambil kesempatan utk berjumaat di dubai dgn khairul di masjid di the greens.semalam kami round bandar dubai,byk tempat dibawa khairul, dr burj,alantis,the palm,semua tu mercu tanda dubai dan ikon dunia.bandar ini cukup happening waktu malam dah terasa hawa malaysia dr kelab malam ke tempat lepak ke tempat santap hinggalah ke tempat santai di pantai tepi burj.
bandar ini penuh dgn manusia dr berbagai bangsa,memang multiculture.dr hitam ke putih semua org dtg menimba rezeki.sayangnya mengikut kata org sini,diskriminasi tetap berlaku,bagi yg berkulit putih,hidung mancung sudah tentu lebih terjamin dan habuannya lagi tinggi walaupun kurang pendidikan.ramai warga british disini,memang tak nafi setakat ini aku cukup selesa dgn cuaca begini,maklum saja tiada jumper,sweater maupun jaket harus disarung,senang tak serupa uk yg kena berlitup 2-3 lai baju sebelum keluar rumah.budak-budak tak payah ckp,semua seronok asalkan ada game, tempat main, bagi mereka outing tu membosankan kecuali pergi park, tapi kat sini tidak spt UK ada park byk.
* http://www.youtube.com/watch?v=kKCP1KADasI
amir ngan faris sibuk dgn bisnes
the beauty of scottish border-
thanks to the national museum of flight, edinburgh for allowing us to experience the real concorde, been there done that :)
Clifton Suspension Bridge
bath
semendung hati sepasang suami isteri yg terpaksa merelakan anak kesayangan berjumpa dgn pencipta Nya.
gambar dr album fajar
Hujan membasahi bumi Glasgow seperti air mata membasahi pipi warga Malaysia disini. Sukar utk diungkap dengan kata-kata.
Amir Yusuf bertarung di ICU selama 8 bulan. Tabahnya hati ayah bonda mereka setabah doktor dan para pakar disini yg berusaha hingga ke akhir hayat. Masa ini Amir bersama dgn anak-anak lain di syurga. Dia tidak akan kembali lagi. Disitu semua impian kita. Kita akan berharap kesitu, cuma masa yg menentukan. Allah mengambilnya terlebih dahulu sebab Dia sayangkan Amir,pemikiran kita tidak sampai ke alam barzakh. Kita tidak akan dapat memikir apa yg berlaku disana. Tapi hati ini pasti, dia tenteram bersama kecantikan Illahi disana. Jangan gusar kerana itu janji Allah utk kain putih yg suci.Yang patut digusari diri sendiri kerana kita bukan lagi sehelai kain putih.
Cukup kagum melihat kecantikan sistem disini. Negara yg mengamalkan suatu sistem yg adil tanpa mengira siapa yg dirawat. 8 bulan bukan sekejap utk menjaga tubuh kecil yg penuh dgn wayar berselirat. Hari bertukar hari,berselang hari menggunakan bantuan oksigen. Doktor dan nurse tidak pernah merungut, emosi ibu dan ayah diletakkan tahap pertama. Fajar sendiri kagum dan tidak pernah merungut sepanjang 8 bulan di hospital. Cukup professional dan terlatih.Terfikir juga adakah negara kita sudah sampai ke tahap ini? Ini hospital kerajaan bukan hospital swasta. Sukar mencari hospital swasta di sini, mungkin hospital kerajaan sudah cukup bagus.
Hari terakhir bersama Amir , Fajar ada memberitahu dia diberikan bilik, umpama hotel utk lelap seketika di hospital. Bayangkan perasaan dan emosi ketika bergelut dgn saat susah. Sudah pasti tenang seketika kiranya dilayan sebegitu. Tidak ada istilah white,black,kristian,islam , mereka melayan sama rata. Mereka berusaha sampai saat terakhir Amir menghembus nafas pun doktor masih berusaha menambah oksigen. Hinggalah saat doktor terpaksa berkata, he has to go.i am very sorry. Dramatik kisah ini. Rekod paling lama dan patient paling sakit. Tak dapat bayangkan kalau semua ini tidak diberikan percuma. Bayangkan berapa kosnya, mau cecah jutaan pound.
Tubuh kecil itu dijaga bagai menatang minyak yg penuh. Pakar dan doktor setiap inci tubuh berganding bahu dan setiap keputusan adalah keputusan bersama. Pakar-pakar yg berkhidmat semua yg memiliki tahap kepakaran yg tinggi dari pakar jantung dan sebagainya. Kagum itu saja yg boleh dikatakan.
Aku sendiri belum pernah melihat Amir Yusuf dgn mata sendiri. Bukan mudah utk masuk ke ICU. Fajar/Anis merupakan jiran terdekat di Dixon Rd. Bagai saudara mara terdekat. Setiap kali ada majlis tak pernah kami lupakan mereka.
Jauh diperantauan, siapa lagi hendak berharap kalau tidak pada kawan-kawan. Warga Malaysia disini tidak lokek, kalau bab menolong memang tinggi spiritnya. Jam 12-51pm, Amir Yusuf telah meninggalkan ibu dan ayahnya, doktor,nurse dan pergi menemui pemilik asalnya.
Aku mendapat SMS selesai solat Jumaat. Terkejut tapi sudah dijangka. Baru 3 hari lepas aku terfikir, apa akan jadi sekiranya Amir Yusuf meninggal. Ntah macam mana aku terfikir dan cerita itu bermain dikepala. Tidak sangka ia akan jadi realiti. Proses pengkebumian disini begitu ketat mengikut prosedur. Bukan sikit duit diperlukan, nasib agak tidak menyebelahi, pengkebumian pada hari minggu hampir 3 kali ganda kosnya. GBP1200! Hari biasa dalam GBP400.
Sebenarnya kalau dibenarkan boleh dibuat sendiri, namun protokol disini agak ketat. Utk menggali lubang kubur sahaja mencecah GBP1000 kerana terpaksa menggunakan khidmat funeral director. Apakan daya, sudah tentu tidak mampu ayah dan ibunya menyimpan lebih lama tubuh kecil itu. Rakan komuniti tidak berat tangan utk menghulurkan bantuan samada dr segi kewangan,spiritual dan gotong royong.
Pernah satu ketika, ketika majlis mengaji bersama Ustaz Abduh, aku terdengar perbualan Ustaz dgn isterinya,mengatakan Fajar ada dirumah. Terus aku terfikir,urusan apa yg Fajar nak rujuk pada ustaz, mesti berat ceritanya. Adakah ia berkaitan tiub oksigen? Selang beberapa minggu baru aku tahu, Fajar merujuk berkaitan tiub oksigen, doktor ada bertanya sekiranya dia sanggup utk memutuskan bekalan oksigen? Doktor berterus terang bukan kerana dia white,kita asian, atau apa-apa sebab berkaitan perbezaan maupun diskriminasi,namun mungkin doktor sudah jangka dr pengalaman mungkin terlalu kronik. Namun, hati ibu dan ayah mana sanggup melihat, anaknya perlahan-lahan meninggalkannya didepan mata atas putusnya bekalan oksigen ditangan manusia. Ustaz pun ada berpesan, selagi kita boleh berusaha dan tiada mudaratnya, teruskan berusaha,bukan kita yg menetapkan hidup dan mati, kecuali atas sebab yg dibenarkan. Akhirnya doktor meneruskan lagi usaha demi usaha,tipis atau tidak,itu belakang kira yg penting usaha.
Harapan ibu dan ayahnya agar keajaiban berlaku, begitu juga kami yg tinggal berdekatan dgn rumah mereka. Dr persiapan menunggu Amir lahir lagi kami sudah tahu. Masih teringat akan wooden wardrobe mothercare warna hijau cair.Cukup satu set utk Amir Yusuf. Bila aku melihat wardrobe itu aku terus teringat akan pemiliknya yg sudah tiada. Masih juga teringat ketika majlis mengaji dirumah Fajar, kami diminta membaca surah Yusuf. Rupanya ada makna disebalik surah itu. Yang Esa lebih mengetahui disebaliknya.
Petang semalam aku melihat 2 anakku, Amir dan Akif ditepi keranda Amir Yusuf, sukar utk aku ceritakan pada budak tahap ini. Yg aku jelaskan dalam ini ada baby, baby ini sudah tiada lagi,mereka bertanyakan sebab,hinggalah aku pusing balik cerita ini. Sukar, yang aku tahu Amir memberitahu adiknya, Akif baby ini akan jadi tulang, kesian.
Disaat keranda Amir Yusuf mencecah tanah, aku perhatikan Amir dan Akif tercengang dan diam. Aku tak tau apa yg mereka fikirkan. Hujan renyai-renyai membasahi tanah perkuburan Cathcart. Disebalah sana kubur kristian, disebelah sini kubur Islam. Tiada batu nisan seperti di Malaysia.
Pengalaman ini pengalaman yg cukup mahal dan bermakna buat warga Malaysia di Glasgow. Ini pengalaman pertama. Pengalaman pahit, tapi lagi pahit apa yg dirasai oleh ibu dan ayahnya. Pipi mereka tidak lekang dek air mata,sayu melihat pemergian anak tercinta. Sudah tentu mereka rindukan saat manis bersama Amir Yusuf setiap hari di hospital. Mulai hari ini mereka tidak lagi ke hospital seperti sediakala. Mereka meneruskan saki baki perjuangan dalam menghabiskan amanat menimba ilmu. Hidup mesti diteruskan, ini semua pengorbanan utk mendapat setitik ilmu.
Gambar pengkebumian boleh dilihat di galeri Amir Yusuf
http://amiryusuf.malaysiaglasgow.co.uk/
Sekian utk tatapan minggu ini.
hiya...i am afiq, full karutan di http://izani.co.uk
* http://www.youtube.com/watch?v=V7hdBl0-0lY
* http://www.youtube.com/watch?v=Y8ZRFKcY72w